Selamat tengah hari.
Aku tak tahu nak tulis apa hari ni. Hari hari ni dah masuk hari yang ke 20 aku berpantang. Semalam dapat juga aku makan lauk berkuahkan santan. Aku juga dapat merasai kuew teow goreng. Nikmatnya rasa makanan itu. Seolah-olah aku tak pernah menikmati makanan tersebut. Aku akan menghargai makanan yang ada kini.
Pagi tadi jururawat masyarakat Rusniwati melawat ke rumah. Kantoi dengan dia. Aku tengah menyusukan botol Iqwan ketika itu. Nasib baik tak kena marah dengan dia. He.. he..
20hb Januari 2010 adalah tarikh buat Iqwan untuk ambil darah. Check samada dia positif @ tidak penyakit dinamakan G6PD. Ya Allah.. Aku pohon & berhajat pada Mu. Semoga anakku tiada penyakit ini. Kasihanila anakku Ya Allah.. Janganla Kau hukumi anakku kerana diriku. Sudah banyak darah yang telah diambil. Hingga seolah habis darah yang dikeluarkan oleh pihak klinik.
Sudah ku maklumi pada suamiku. Mungkinkah dia akan ambil cuti untuk anaknya? Aku berharap agar dia dapat pergi ke klinik esok bersama-sama kami. Seterusnya berjumpa dengan doktor bersama-sama. Aku amat takut jika ujian darah adalah positif. Aku akan mula gelabah & tak tahu nak keluarkan soalan apa pada doktor.
3hb Februari 2010 adalah tarikh untuk anakku menerima suntikan imunisasi nya yang pertama. Tabahlah wahai anakku. Inilah dugaan yang terpaksa kau hadapi ketika saat ini. Semoga Allah lindungi kau dari segala macam penyakit selepas ini. Kami, ibubapa mu akan sentiasa berada disisi mu.
No comments:
Post a Comment