Inilah anak sulungku, Muhammad Khalish Iqwan. Walau darjah 5 tapi umurnya masih 10 tahun 2 bulan. Ni kerna dia dilahirkan 31 Disember. Tak sabar² nak lahir ke dunia.
Perwatakannya... Hmm... Manja. Walau anak sulung tapi terlalu manja. Dan berjiwa sensitif. Mungkin cara dia dibesarkan menyebabkan dia berwatak sedemikian.
Anak sulung ni mmg kuat cabarannya. Dengan dia, aku selalu tegas. Mungkin aku amat berharap dia boleh menjadi abang yg terbaik & menjadi ikutan oleh adik² dibawahnya. Kepada diala tempatku lepaskan amarahku. Kepada diala juga tempat aku ingin bermanja. Tapi percayalah. Dialah permata hatiku dunia & akhirat. Dialah penyambung cintaku & suamiku.
Walaupun demikian, aku tetap bersyukur dia dilahirkan menjadi anakku. Boleh dipertanggungjawabkan untuk sesetengah perkara. Jika aku tegas @ baran dengan dia. Dia tetap boleh lupakan tapi ingat dlm hati setiap perkara.
Ya Allah, ya Tuhanku. Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa. Ku mohon dari Mu. Lindungilah anakku Muhammad Khalish Iqwan dari bencana & fitnah dajjal. Kau kuatkanlah imannya. Sesungguhnya hanya padaMu aku mengadu. Amiin..
No comments:
Post a Comment