Wednesday, April 1, 2020

Coronavirus a.k.a covid-19

Salam semua...

Hari ni Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 2 telah berjalan. Rakyat tak leh keluar dr rumah bermula 1hb - 14hb April. 

Allahuakbar... Dh 2 mggu solat Jumaat tak ada. Ni ditambah lg 2 mggu. Semoga Allah mengampuni segala dosa² kita. 

Terasa la jgk bila disuruh berkurung dlm rumah. Pelbagai video & msg tular dlm fb, wasap, telegram. Polis & tentera ronda sepanjang jln. Mereka jgk buat roadblock di beberapa tmpt. Fuhh... Serupa mcm darurat. Kalu baca sejarah, serupa gitula... Cuma 1 org je blh keluar. Itu pn sbb nk beli brg keperluan rumah & mknn..

Ttp ada hikmah jg dpt duk rumah ni. Keluarga dpt bkumpul dlm 1 tmpt. Blh buat aktiviti di rumah. Tp bg lin, aktiviti kt rumah tu rasa biasa sgt. Sbb mmg dh buat sblm perintah bkurung ni. Yg terasa nikmat covid19 ni... Blh buat amal ibadah kt rumah. Lin dpt solat dhuha, mengaji pn dpt baca 4 ke 6 muka surat shari. Terasa hati ni lapang selapangnya..

Walau anak² tak gi skolah. Cikgu² sekolah memberi ikhtiar utk buat homeschooling. Terima kasih cikgu².. Tak la rasa bosan sgt anak² kat rumah. Cuma khalil ilyas je tak ada homeschooling. Tp cikgu dh amanahkan ibubapa mengajar ngaji di rumah. Terima kasih skali lg cikgu² tadika. Semoga virus ni dpt dibendung dgn secepat mungkin. Puasang dooh dh wei duk umah ni... 😭

Sunday, February 23, 2020

Anak sulungku


Inilah anak sulungku, Muhammad Khalish Iqwan. Walau darjah 5 tapi umurnya masih 10 tahun 2 bulan. Ni kerna dia dilahirkan 31 Disember. Tak sabar² nak lahir ke dunia. 

Perwatakannya... Hmm... Manja. Walau anak sulung tapi terlalu manja. Dan berjiwa sensitif. Mungkin cara dia dibesarkan menyebabkan dia berwatak sedemikian. 

Anak sulung ni mmg kuat cabarannya. Dengan dia, aku selalu tegas. Mungkin aku amat berharap dia boleh menjadi abang yg terbaik & menjadi ikutan oleh adik² dibawahnya. Kepada diala tempatku lepaskan amarahku. Kepada diala juga tempat aku ingin bermanja. Tapi percayalah. Dialah permata hatiku dunia & akhirat. Dialah penyambung cintaku & suamiku.


Walaupun demikian, aku tetap bersyukur dia dilahirkan menjadi anakku. Boleh dipertanggungjawabkan untuk sesetengah perkara. Jika aku tegas @ baran dengan dia. Dia tetap boleh lupakan tapi ingat dlm hati setiap perkara. 

Ya Allah, ya Tuhanku. Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa. Ku mohon dari Mu. Lindungilah anakku Muhammad Khalish Iqwan dari bencana & fitnah dajjal. Kau kuatkanlah imannya. Sesungguhnya hanya padaMu aku mengadu. Amiin..

Thursday, February 13, 2020

Kelas Google Business

Salam semua..

Setelah 15 tahun meninggalkan alam persekolahan. Semalam saya diberi kesempatan menghadiri kelas offline dr Tasneem. Mempelajari ilmu marketing. Fuhh... Dr universiti lg mmg saya fail bab marketing kerna kurang berminat & jenis pemalu. Mmg payah nk mulakan. 

Bila dh mula belajar dr senior agent Tasneem. Mcm ada semangat baru nk start jd agent sepenuh masa. Hahaha... 

Sebenarnya nk cite. Google business (GB) ni mgkn platform lama bg peniaga² yg dh lama berniaga. So yg baru nk tahu tu. Saya cite serba sedikit apa yg saya faham. Apa yg senior saya katakan. Dia mendpt baaaanyak customer dr platform ni. Sbb begitu ramai buat carian di google. So of coz la segalanya ada dlm carian tu kn.. Ok.. Platform ni sbnrnya... Bila kita buat carian ttg sesuatu di google search. Akan keluar 1 carian di atas skali kan. Contoh mcm gmbr bwh ni:

Ok... So... Kita just download app dia di google play store, namanya Google Business. Then create la business yg kita nk mula mengikut steps yg diberi. Sila baca, paham & hadap btul² arahan dia yea. Saya pn tgh mencuba lg new strategi ni. Mmg mencabar btul. Nnt saya upload perkembangan terbaru bila GB saya ni dh ada yg review...

Sunday, February 2, 2020

Selesema melanda

Selamat malam semua...

Hari yg tenang & cuaca yg elok di terengganu ni. Tapi aku dilanda selesema sejak semlm. Mgkn jgk sbb aku ada resdung. Alahan dgn belacan, habuk & seafood (udang & sotong je tak leh mkn). Disebabkan tak nak ajar mkn ubat selesema (loratadine je blh mkn. Jenama lain alergik). So sapu² je balm CF-Rub dr Tasneem Naturel ni. Jenama ni aku duk consume sejak 2 thn lalu.

Bila sapu je balm ni. Hingus keluar mcm air. Sapu tgn tu smp bertukar 3 helai sbb lencun. Hati ni dh give up nk mkn ubat. Tp kukuatkan semangat jgk duk sapu balm ni berulang kali. Lg satu bau dia mmg best. Bila hidung tersumbat je, sapu CF-Rub terbuka ruang dlm hidung. Nak kata hilang terus selesema tu tak la. Byk kali sapu jgk tak nk bg tersumbat.

Mesti ada yg tnya. Knp tak pakai vicks je. Bkn tak nk pakai. Tp tak ada stok kt umah. Sbb iqwan & imran ada G6PD. So diaorg tak leh guna sebarang medical. Hatta ubat nyamuk & ubat gegat skalipun. Itu suami aku larang sekeras²nya. So kt umh tak ada ridsect yea. Bila ada semut je, aku lap² dgn kain basah. 😭

Berbalik pd selesema aku. Setelah sapu² & berbaring (sempatla tlelap 30 mins). Hingus pn dh tak keluar. Cuma still breathing tu susah skit. Then consume sapu kt hidung & dada smp mlm. Nak tidur ni, sapula skit kt tapak kaki.

Begitula selesema @ resdung aku. 

Nk tahu details. Next entry aku cite lebih. Skrg aku nk tidur plak. 

Good nite uolls..

Kerinduan nak tulis

Salam semua...

Lama mengarang. Dah 8 tahun rasanya. Anak pn dh 3 org sekarang. Semuanya boys. Mmg mencabar giler... Yg sulung (khalish iqwan) dh darjah 5. Nk UPKK, tp still sambil lewa lg. 😔. Yg no 2 (khalil ilyas) umur 6 thn. Skolah tadika. Yg last (khalid imran) baru je 2 thn. 

Semenjak bhenti kerja, duk jaga imran kat rumah jela. Tak prnh berenggang. Dgnayah dia pn tak nk berdukung. Balik² aku ni la yg kena angkut.

Tapi inilah kebahagiaan rumah tanggaku. Semoga kekal hingga jannah. Amiinn..