Tuesday, January 11, 2011

FB nak ditutup???

12 Januari 2011


Hari ini aku bekerja sendirian. Traffic pagi tadi lancar sangat. Seolah-olah tahu aku keseorangan di office nanti. Hehehe...


Bonda & ayahanda akan ke Kuala Lumpur malam ini. Meninggalkan cucunda yang disayangi, Khalish di Terengganu. Ala.. Ayahnya kan boleh jaga dia esok.. Terpaksa la ayahnya cuti.


Facebook akan ditutup selama 2 bulan. Apa cerita? Dah elok-elok buka laman sosial tu. Biarkan jela. Kami yang tak buat salah terpaksa tanggung akibat orang lain. Kami buka FB sebab mencari rakan-rakan lama. Agar tak terputus hubungan persahabatan yang dibina sekian lama. Kami juga boleh tahu perkembangan semasa mereka. Betul tak.. Eeee.. Geram je kadang-kadang..


Semalam (11/1/11) aku buat widdle tinks photo. Background gambar tu sepatutnya untuk wedding. Tapi aku letak gambar untuk keluargaku yang kecil. Bila la nak tambah seorang lagi anak. Teringin sangat anak perempuan. Dulu aku harap anak yang aku kandung adalah anak perempuan. Tapi Allah itu lebih Mengetahui. DiberikanNya aku anak lelaki yang comel sangat. Aktif dan tak larat aku nak jaga dia. Boleh kata mencabar juga la aku nak menjaga dia. Mujur la bonda ada. Tapi kesian juga kat dia. Dah la ada penyakit darah tinggi. Macam mana la dia jaga Khalish waktu aku ke kerja. Bukan sekejap aku pergi bekerja. Bila aku balik dari kerja. Khalish dah nak tidur. Alahai anak ibu ni.. Tak sempat ibu nak bermanja dengan anak ibu seorang ni.
Inilah gambar widdly tinks yang aku edit. 2 hearts become one. One adalah Khalsih. Hehehe... Tanda cinta sejati aku dan hubby.

Monday, January 10, 2011

Khalish disuntik untuk 1 tahun

10 Januari 2011

Khalish telah menerima suntikan imunisasi untuk umur setahun kelmarin. Bagus sangat dia. Tak menangis langsung. Cuma mukanya saja yang nampak seperti terkejut. Hahahaha.. Bila teringat balik. Kelakar pun ada.

Kes demam denggi berulang lagi. Dah 2 orang anak saudaraku masuk hospital gara-gara nyamuk kecil tu. Entah siapa lagi yang akan masuk hospital. Minta-minta mereka boleh keluar hospital secepat mungkin. Kasihan..

Aku akan bercuti bermula 14hb & 17hb. Tapi Bursa pula buat kerja lebih masa hari Sabtu ini. Hmm.. Tak ada hari lain ke nak buat????

Tuesday, January 4, 2011

Hujan lebat

5 januari 2011

Cuaca hari ini hujan. Pagi tadi nak ke pejabat memang lebat sangat. Nak bawa kereta pun susah. FA staff pun hampir kebanyakannya datang lewat. Aku pula sampai 2 minit lewat. Hehehe.. Tak pe. Boss datang lambat. Beli makanan pun tak sedap. Nak beli makanan yang sedap kena turun dari rumah pukul 7.50 pagi. Macam mana nak turun awal. Khalish pula awal-awal pagi dah berak. Hmmm.. Bagusnya anak ibu ni. Makan banyak sangat semalam. So berak la dia pagi ini.

Bonda & ayahanda dah confirm gi KL 12hb ni malam. Balik KT pula 17hb. Mujur la time booking Airasia tengah murah. Sekarang pun murah lagi. Period booking dari 4-7hb Januari 2011. Period flight pula 4-28hb Januari 2011. Diskaun 20%. Berbaloi la. Semalam dapat booking dengan harga RM380.36. Jimat duit ayahanda. Hehehe...

Monday, January 3, 2011

Booking tiket AirAsia

4 Januari 2011



Pagi ini jalan sesak di jambatan Sultan Mahmud. Mujur aku sempat sampai ke pejabat tepat pada masanya.



Ibu & ayah juga minta aku booking tiket AirAsia ke Kuala Lumpur. 2 ways untuk 12 hingga 17 hb ini. Hmmm.. Cuti lagi aku. Cuti pun tinggal sikit je lagi.. Demi Khalish, aku ambil juga cuti. 2 hari jer.. Hehehehe...

Sunday, January 2, 2011

Permulaan baru

3 Januari 2011

Permulaan baru bagi pelajar-pelajar sekolah. Jalan raya menjadi lenggang ketika aku ke pejabat. Smooth aje. Tapi di tepi sekolah begitu banyak kereta-kereta parking. Menghantar anak ke sekolah & menemani mereka pada hari pertama mereka di sekolah. Macam mana la agaknya suasana di sekolah hari ini yea. Hehehehe.. Aku dulu pada darjah satu. Tak nangis. Bangga juga la. Hehehe... Khalish pun mandi awal-awal pagi hari ini. Bukan nak pergi sekolah tapi ke hospital. Teman tok wan dia ambil darah. Harap darah bonda stabil. Amin.

Masuk kerja hari ini. Begitu banyak yang perlu di buat. Berserabut kepala. Dah la lapar & tak makan lagi sampai sekarang. Boss pula asyik nak salahkan orang. Hmmm.. Nasib tak baik hari ini. Tak leh la nak minta cuti lagi. Mood dia macam tak elok je. Tengok petang nanti macam mana. Boss lagi satu nak buat makan tengah hari ini. Yes.. Makan free.. Nasi bukhari (harap eja betul). Jimat duit aku. Bulan ini juga aku akan dapat duit kutu. Hehehe.. Pertama kali main. Boleh la simpan dalam bank & bulan 2 nanti mungkin boleh pergi Genting Highlands. Main treasure hunt anjuran Petronas (kalau jadi).

Khalish potong rambut

2 Januari 2011

Khalish dah potong rambut setelah sekian lama tak potong sejak sekian lama. Macam orang nak masuk PLKN. Hehehehe.. Khalish pun kini dah pandai nak bermain dengan saudara-saudaranya di Felda Chalok Barat. Lega hati aku. Tak adala aku asyik kena berkepit dengan dia 24 jam. Jika tidak sebelum ni. Nak gi toilet pun aku kena sorok diri dari dia.. Tapi kini tak lagi. Harap minggu depan dia akan lebih bersikap terbuka untuk bermain dengan orang lain.

Kedai Haji Mat Zin sunyi lagi hari ini. Hujan lebat & tak ramai customer yang masuk minum teh Kak Yah. Tapi ok la coz boleh juga Kak Yah, Amsyar & suamiku berehat.

Hari ini juga pantai timur cuti umum. Kasihan bondaku. Ingin buat medical check-up darah tinggi di hospital tapi tertunda disebabkan cuti. Esok dia akan ke hospital lagi dan kali ini dia akan bawa bersama Khalish. Macam mana la Khalish nanti bila waktu giliran menunggu. Janganla dia menangis dan menyusahkan bonda & ayahanda..