Friday, December 31, 2010

Pendaftaran pelajar ke sekolah

Salam....

Hari ini pelajar-pelajar sekolah menengah dah daftar masuk ke sekolah. Anak-anak buah aku pun dah pergi daftar. Pelajar tingkatan 1 juga dah mula daftar. Entah macam mana yang pertama kali akan tinggal di hostel & berjauhan dengan ibubapa mereka buat pertama kali.. Harap2 mereka jangan nangis & tabahkan hati untuk menghadapi dugaan ini. Di masa hadapan ketika berada di alam universiti, mereka juga akan berjauhan selama berbulan-bulan. Ini adalah masa untuk mereka melatih diri berjauhan dengan keluarga mereka. Kepada ibu bapa juga. Harusla bersedia untuk melepaskan anak mereka demi untuk mengejar cita-cita mereka.

Kedai Hj. Mat Zin hari ini sunyi kerana ketiadaan cucu-cucunya. Semua pergi hantar pelajar yang akan berdaftar masuk ke hostel hari ini. Memang sunyi betul. Hinggakan Khalish pun tidur selena-lenanya... Dah hampir 2 jam sekarang dia tidur. Puas aku nak tulis blog hari ini.

Di pantai timur, hari ahad adalah hari cuti umum sempena kemenangan Malaysia dalam perlawanan bola sepak baru-baru ini. Khalish akan menerima suntikan imunisasinya pada hari tu. Tak tau la samada ditunda ke minggu hadapan atau tak. Macam mana la nanti kalau dia akan terima suntikan tu nanti. Rasa-rasanya dia akan menangis.

Dah lewat ni.. Kena gi solat dulu.. Kalu Khalish jaga. Masalah besar aku.. Hehehe...

Sambutan hari lahir Khalish yang per-1






Deries....






Sorry semalam tak tulis blog. Sibuk sikit sebab nak hantar abang aku ke airport. Dia balik ke Kuala Lumpur selepas perlawanan squash dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Sebelum hantar dia pulang. Sempat lagi kami mengadakan majlis kecilan sempena hari lahir Khalish (walau 30hb).






Hari ni sambutan hari lahir Khalish diadakan dengan rasminya bersama sepupunya, Ammar. Di sini ada sertakan beberapa keping gambar majlis bersama dengan sepupunya..






Wednesday, December 29, 2010

Malaysia menang perlawanan bola sepak Suzuki AFF 2010

TAHNIAH!!!!!!

Tahniah buat pasukan Malaysia yang telah memenangi perlawanan bola sepak semalam. Rasa bangga sangat dengan pencapaian pasukan kita. Harap perlawanan akan datang Malaysia akan buat yang lebih baik lagi. Juga tahniah pada Rajagopal yang telah melatih skuad team Malaysia hingga boleh mencapai tahap begini.. Anak jati Malaysia pun boleh jadi coach yang hebat. Tahniah sekali lagi...

Terima kasih....

Buat PM kita kerana bagi cuti 1 hari iaitu Jumaat, 31hb 2010 untuk kami sama-sama meraikan kemenangan ini. Hehehe... Boleh la juga aku meraikan hari jadi Khalish hari tu... Tapi aku tak tahu samada Bursa akan cuti @ tak esok... Hampa la harapanku kalau esok Bursa beroperasi macam biasa.. Memang teruk la... Nak cuti juga...

Tuesday, December 28, 2010

Seminar 'Jom Pakat Melabur' anjuran FA Securities Sdn. Bhd.


Salam...


Pukul 12.30 nanti akan ada mesyuarat tentang 'Jom Pakat Melabur' anjuran FA Securities. Aku juga adalah AJK untuk seminar itu nanti. Seminar tu akan diadakan 30 Januari 2011 di Motel Desa, Kuala Terengganu jam 3 petang hingga 5 petang. Tajuk seminar tu, 'Tiger at the crossroad is Malaysia and the Bursa poised on an upward climb from 2011 onwards'. So kena bentang mana yang dah siap untuk dikritik.


So sesiapa yang mengikuti blog saya and nak join sekali seminar tu. Boleh la email pada saya nama anda & nama syarikat anda di shazlin@fasec.com.my.
p/s: Gambar ni di ambil ketika program "Team Building" yang diadakan di Sutra Beach Resort & Spa.


Khalish berumur 1 tahun



Dah lama aku tak tulis blog. Semenjak aku dalam pantang. 11 bulan yang lalu. Kini khalish pun dah hampir 12 bulan pada 31hb Disember 2010.




Aku akan mengadakan hari jadinya pada 31hb ni di Felda Chalok Barat, Setiu. Kek dia pun sudah ditempah. Oh ya... Dia akan menyambutnya bersama dengan sepupunya, Ammar yang juga kini berumur 1 tahun 3 bulan.




Harap2 majlis tu akan meriah dengan sepupu-sepupunya... Aku akan upload gambar majlis tu beserta keknya akan datang.




Gambar atas adalah gambar ketika dia berumur 8 bulan. Walau kini berumur 11 bulan, tapi body Khalish tetap maintain macam tu jer... Agaknya dia kekal macam tu kut. Tak tinggi & tak rendah... Kiranya tetap 'awek muda' la... Hehehe....

Thursday, January 21, 2010

Lega Hati ku

Salam sejahtera...

Hari ini aku bawa Iqwan ke klinik kesihatan ambil darah untuk penyakitnya G6PD. Mujur tak ambil banyak. Cuma ambil di atas sekeping kertas je. Tapi macam kelakar pula. Macam mana dia nak check eh? Tapi macam biasa. Tiap kali Iqwan kena ambil darah. Dia nangis. Bukan kerana sakit. Tapi sebab kacau dia tidur. Ha.. Ha..

Aku macam biasa. Duk kat rumah berpantang & jaga Iqwan. BORINGNYA!!!! Bila aku boleh kuar jalan-jalan???? Nak makan burger Mcdonald's prosperity double yang baru.. Tapi Iqwan tak boleh makan lada hitam.. Dia ada penyakit kuning. Walau pun dah turun. Tapi masih kena jaga pemakanan juga. Sebab dia menyusu badan. Susah.. Susah...

Suami ku pulang ke Kuala Terengganu hari ni awal.. Nak ragging dia apa eh.. He.. He..

Esok kawan-kawan pejabat ku nak datang. Hmm.. Nak angkat apa untuk mereka eh...

Wednesday, January 20, 2010

Selamat petang...


Hari ini sepatutnya aku bawa Iqwan ke klinik mengambil darah untuk G6PD nya. Tapi doktor tak ada. Alhamdulillah. Aku gementar jika Iqwan diambil darah. Bukan sedikit seperti sebelum ni. Mungkin banyak. Apa aku akan buat kalau dia menangis kesakitan?

Ayahnya kata akan pulang ke Kuala Terengganu petang ini. Dah 4 hari bekerja dia berulang-alik dari Setiu ke Kuala Terengganu. Aku jadi kasihan lihat dia berulang begitu. Sayang benar dia pada anaknya.


Esok entah macam mana pula hari aku berada di rumah. Kadang-kadang aku terasa sunyi juga. Kalau aku tengok tv je sambil jaga Iqwan. Aku kena marah dengan ayah. Asyik tengok tv je katanya. Boring juga tau duk rumah. Ingat nak kuar jalan-jalan dengan suami & Iqwan. Ambil angin di luar. Pasti seronok...


Semalam suami ku mereka blognya yang pertama. Tak ku jangka. Penulisannya bak wartawan berpengalaman. Tahniah sayang.. Moga-moga sayang teruskan menulis blog tu. Seronok juga baca coretan sayang.

Monday, January 18, 2010

Dugaan Iqwan

Selamat tengah hari.



Aku tak tahu nak tulis apa hari ni. Hari hari ni dah masuk hari yang ke 20 aku berpantang. Semalam dapat juga aku makan lauk berkuahkan santan. Aku juga dapat merasai kuew teow goreng. Nikmatnya rasa makanan itu. Seolah-olah aku tak pernah menikmati makanan tersebut. Aku akan menghargai makanan yang ada kini.



Pagi tadi jururawat masyarakat Rusniwati melawat ke rumah. Kantoi dengan dia. Aku tengah menyusukan botol Iqwan ketika itu. Nasib baik tak kena marah dengan dia. He.. he..



20hb Januari 2010 adalah tarikh buat Iqwan untuk ambil darah. Check samada dia positif @ tidak penyakit dinamakan G6PD. Ya Allah.. Aku pohon & berhajat pada Mu. Semoga anakku tiada penyakit ini. Kasihanila anakku Ya Allah.. Janganla Kau hukumi anakku kerana diriku. Sudah banyak darah yang telah diambil. Hingga seolah habis darah yang dikeluarkan oleh pihak klinik.



Sudah ku maklumi pada suamiku. Mungkinkah dia akan ambil cuti untuk anaknya? Aku berharap agar dia dapat pergi ke klinik esok bersama-sama kami. Seterusnya berjumpa dengan doktor bersama-sama. Aku amat takut jika ujian darah adalah positif. Aku akan mula gelabah & tak tahu nak keluarkan soalan apa pada doktor.



3hb Februari 2010 adalah tarikh untuk anakku menerima suntikan imunisasi nya yang pertama. Tabahlah wahai anakku. Inilah dugaan yang terpaksa kau hadapi ketika saat ini. Semoga Allah lindungi kau dari segala macam penyakit selepas ini. Kami, ibubapa mu akan sentiasa berada disisi mu.

Sunday, January 17, 2010



Salam buat tatapan semua.


Hari ni pertama kali untuk aku menggunakan blogger ni. Hari ni juga aku berpantang untuk selama 18 hari. Bila la boleh aku makan makanan yang sedap2... Rindu rasanya makanan pedas kegemaran aku.


Anak aku dah terjaga dari tidur. Tak dapat aku nak mencoret sikit blog baru aku. Minta2 Iqwan tak nak susu lagi. Suami ku bekerja hari ni. Kalau tak boleh juga kerah dia buat kan susu untuk anak kami.


Terima Kasih sayangku, Mohd Hairul kerana sudi menjaga aku & anak kita. Banyak sungguh pengorbanan mu terhadap kami. Ketika kami berada di hospital. Tiap masa kau jenguk kami walau terpaksa berulang alik dari rumah ke hospital dan terpaksa pula duduk dalam kereta selama berjam-jam semata-mata untuk lawat kami. Selain itu terpaksa pula menyusahkan kau untuk membasuh baju kami selama 2 minggu aku berpantang. TERIMA KASIH SAYANG... DIKAULAH NYAWA KU. Bagaimana la nasib kami jika kau tiada disisi ini.


Muhammad Khalish Iqwan. Anak yang sungguh manja sekali. Anak yang pemarah juga. He..he.. Permata hati aku & suami. Kami sayang kamu anakku. Jangan la dikau lupakan kami kelak. Ingatila pengorbanan ayah & ibu mu.