Salam....
Hari ini pelajar-pelajar sekolah menengah dah daftar masuk ke sekolah. Anak-anak buah aku pun dah pergi daftar. Pelajar tingkatan 1 juga dah mula daftar. Entah macam mana yang pertama kali akan tinggal di hostel & berjauhan dengan ibubapa mereka buat pertama kali.. Harap2 mereka jangan nangis & tabahkan hati untuk menghadapi dugaan ini. Di masa hadapan ketika berada di alam universiti, mereka juga akan berjauhan selama berbulan-bulan. Ini adalah masa untuk mereka melatih diri berjauhan dengan keluarga mereka. Kepada ibu bapa juga. Harusla bersedia untuk melepaskan anak mereka demi untuk mengejar cita-cita mereka.
Kedai Hj. Mat Zin hari ini sunyi kerana ketiadaan cucu-cucunya. Semua pergi hantar pelajar yang akan berdaftar masuk ke hostel hari ini. Memang sunyi betul. Hinggakan Khalish pun tidur selena-lenanya... Dah hampir 2 jam sekarang dia tidur. Puas aku nak tulis blog hari ini.
Di pantai timur, hari ahad adalah hari cuti umum sempena kemenangan Malaysia dalam perlawanan bola sepak baru-baru ini. Khalish akan menerima suntikan imunisasinya pada hari tu. Tak tau la samada ditunda ke minggu hadapan atau tak. Macam mana la nanti kalau dia akan terima suntikan tu nanti. Rasa-rasanya dia akan menangis.
Dah lewat ni.. Kena gi solat dulu.. Kalu Khalish jaga. Masalah besar aku.. Hehehe...
Friday, December 31, 2010
Sambutan hari lahir Khalish yang per-1
Deries....
Sorry semalam tak tulis blog. Sibuk sikit sebab nak hantar abang aku ke airport. Dia balik ke Kuala Lumpur selepas perlawanan squash dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Sebelum hantar dia pulang. Sempat lagi kami mengadakan majlis kecilan sempena hari lahir Khalish (walau 30hb).
Hari ni sambutan hari lahir Khalish diadakan dengan rasminya bersama sepupunya, Ammar. Di sini ada sertakan beberapa keping gambar majlis bersama dengan sepupunya..
Wednesday, December 29, 2010
Malaysia menang perlawanan bola sepak Suzuki AFF 2010
TAHNIAH!!!!!!
Tahniah buat pasukan Malaysia yang telah memenangi perlawanan bola sepak semalam. Rasa bangga sangat dengan pencapaian pasukan kita. Harap perlawanan akan datang Malaysia akan buat yang lebih baik lagi. Juga tahniah pada Rajagopal yang telah melatih skuad team Malaysia hingga boleh mencapai tahap begini.. Anak jati Malaysia pun boleh jadi coach yang hebat. Tahniah sekali lagi...
Terima kasih....
Buat PM kita kerana bagi cuti 1 hari iaitu Jumaat, 31hb 2010 untuk kami sama-sama meraikan kemenangan ini. Hehehe... Boleh la juga aku meraikan hari jadi Khalish hari tu... Tapi aku tak tahu samada Bursa akan cuti @ tak esok... Hampa la harapanku kalau esok Bursa beroperasi macam biasa.. Memang teruk la... Nak cuti juga...
Tahniah buat pasukan Malaysia yang telah memenangi perlawanan bola sepak semalam. Rasa bangga sangat dengan pencapaian pasukan kita. Harap perlawanan akan datang Malaysia akan buat yang lebih baik lagi. Juga tahniah pada Rajagopal yang telah melatih skuad team Malaysia hingga boleh mencapai tahap begini.. Anak jati Malaysia pun boleh jadi coach yang hebat. Tahniah sekali lagi...
Terima kasih....
Buat PM kita kerana bagi cuti 1 hari iaitu Jumaat, 31hb 2010 untuk kami sama-sama meraikan kemenangan ini. Hehehe... Boleh la juga aku meraikan hari jadi Khalish hari tu... Tapi aku tak tahu samada Bursa akan cuti @ tak esok... Hampa la harapanku kalau esok Bursa beroperasi macam biasa.. Memang teruk la... Nak cuti juga...
Tuesday, December 28, 2010
Seminar 'Jom Pakat Melabur' anjuran FA Securities Sdn. Bhd.
Salam...
Pukul 12.30 nanti akan ada mesyuarat tentang 'Jom Pakat Melabur' anjuran FA Securities. Aku juga adalah AJK untuk seminar itu nanti. Seminar tu akan diadakan 30 Januari 2011 di Motel Desa, Kuala Terengganu jam 3 petang hingga 5 petang. Tajuk seminar tu, 'Tiger at the crossroad is Malaysia and the Bursa poised on an upward climb from 2011 onwards'. So kena bentang mana yang dah siap untuk dikritik.
So sesiapa yang mengikuti blog saya and nak join sekali seminar tu. Boleh la email pada saya nama anda & nama syarikat anda di shazlin@fasec.com.my.
p/s: Gambar ni di ambil ketika program "Team Building" yang diadakan di Sutra Beach Resort & Spa.
Khalish berumur 1 tahun

Dah lama aku tak tulis blog. Semenjak aku dalam pantang. 11 bulan yang lalu. Kini khalish pun dah hampir 12 bulan pada 31hb Disember 2010.
Aku akan mengadakan hari jadinya pada 31hb ni di Felda Chalok Barat, Setiu. Kek dia pun sudah ditempah. Oh ya... Dia akan menyambutnya bersama dengan sepupunya, Ammar yang juga kini berumur 1 tahun 3 bulan.
Harap2 majlis tu akan meriah dengan sepupu-sepupunya... Aku akan upload gambar majlis tu beserta keknya akan datang.
Gambar atas adalah gambar ketika dia berumur 8 bulan. Walau kini berumur 11 bulan, tapi body Khalish tetap maintain macam tu jer... Agaknya dia kekal macam tu kut. Tak tinggi & tak rendah... Kiranya tetap 'awek muda' la... Hehehe....
Subscribe to:
Posts (Atom)