Salam....
Hari ini pelajar-pelajar sekolah menengah dah daftar masuk ke sekolah. Anak-anak buah aku pun dah pergi daftar. Pelajar tingkatan 1 juga dah mula daftar. Entah macam mana yang pertama kali akan tinggal di hostel & berjauhan dengan ibubapa mereka buat pertama kali.. Harap2 mereka jangan nangis & tabahkan hati untuk menghadapi dugaan ini. Di masa hadapan ketika berada di alam universiti, mereka juga akan berjauhan selama berbulan-bulan. Ini adalah masa untuk mereka melatih diri berjauhan dengan keluarga mereka. Kepada ibu bapa juga. Harusla bersedia untuk melepaskan anak mereka demi untuk mengejar cita-cita mereka.
Kedai Hj. Mat Zin hari ini sunyi kerana ketiadaan cucu-cucunya. Semua pergi hantar pelajar yang akan berdaftar masuk ke hostel hari ini. Memang sunyi betul. Hinggakan Khalish pun tidur selena-lenanya... Dah hampir 2 jam sekarang dia tidur. Puas aku nak tulis blog hari ini.
Di pantai timur, hari ahad adalah hari cuti umum sempena kemenangan Malaysia dalam perlawanan bola sepak baru-baru ini. Khalish akan menerima suntikan imunisasinya pada hari tu. Tak tau la samada ditunda ke minggu hadapan atau tak. Macam mana la nanti kalau dia akan terima suntikan tu nanti. Rasa-rasanya dia akan menangis.
Dah lewat ni.. Kena gi solat dulu.. Kalu Khalish jaga. Masalah besar aku.. Hehehe...
No comments:
Post a Comment