12 Januari 2011
Hari ini aku bekerja sendirian. Traffic pagi tadi lancar sangat. Seolah-olah tahu aku keseorangan di office nanti. Hehehe...
Bonda & ayahanda akan ke Kuala Lumpur malam ini. Meninggalkan cucunda yang disayangi, Khalish di Terengganu. Ala.. Ayahnya kan boleh jaga dia esok.. Terpaksa la ayahnya cuti.
Facebook akan ditutup selama 2 bulan. Apa cerita? Dah elok-elok buka laman sosial tu. Biarkan jela. Kami yang tak buat salah terpaksa tanggung akibat orang lain. Kami buka FB sebab mencari rakan-rakan lama. Agar tak terputus hubungan persahabatan yang dibina sekian lama. Kami juga boleh tahu perkembangan semasa mereka. Betul tak.. Eeee.. Geram je kadang-kadang..
Semalam (11/1/11) aku buat widdle tinks photo. Background gambar tu sepatutnya untuk wedding. Tapi aku letak gambar untuk keluargaku yang kecil. Bila la nak tambah seorang lagi anak. Teringin sangat anak perempuan. Dulu aku harap anak yang aku kandung adalah anak perempuan. Tapi Allah itu lebih Mengetahui. DiberikanNya aku anak lelaki yang comel sangat. Aktif dan tak larat aku nak jaga dia. Boleh kata mencabar juga la aku nak menjaga dia. Mujur la bonda ada. Tapi kesian juga kat dia. Dah la ada penyakit darah tinggi. Macam mana la dia jaga Khalish waktu aku ke kerja. Bukan sekejap aku pergi bekerja. Bila aku balik dari kerja. Khalish dah nak tidur. Alahai anak ibu ni.. Tak sempat ibu nak bermanja dengan anak ibu seorang ni.
Inilah gambar widdly tinks yang aku edit. 2 hearts become one. One adalah Khalsih. Hehehe... Tanda cinta sejati aku dan hubby.

No comments:
Post a Comment