Salam sejahtera...
Hari ini aku bawa Iqwan ke klinik kesihatan ambil darah untuk penyakitnya G6PD. Mujur tak ambil banyak. Cuma ambil di atas sekeping kertas je. Tapi macam kelakar pula. Macam mana dia nak check eh? Tapi macam biasa. Tiap kali Iqwan kena ambil darah. Dia nangis. Bukan kerana sakit. Tapi sebab kacau dia tidur. Ha.. Ha..
Aku macam biasa. Duk kat rumah berpantang & jaga Iqwan. BORINGNYA!!!! Bila aku boleh kuar jalan-jalan???? Nak makan burger Mcdonald's prosperity double yang baru.. Tapi Iqwan tak boleh makan lada hitam.. Dia ada penyakit kuning. Walau pun dah turun. Tapi masih kena jaga pemakanan juga. Sebab dia menyusu badan. Susah.. Susah...
Suami ku pulang ke Kuala Terengganu hari ni awal.. Nak ragging dia apa eh.. He.. He..
Esok kawan-kawan pejabat ku nak datang. Hmm.. Nak angkat apa untuk mereka eh...
No comments:
Post a Comment