Salam buat tatapan semua.
Hari ni pertama kali untuk aku menggunakan blogger ni. Hari ni juga aku berpantang untuk selama 18 hari. Bila la boleh aku makan makanan yang sedap2... Rindu rasanya makanan pedas kegemaran aku.
Anak aku dah terjaga dari tidur. Tak dapat aku nak mencoret sikit blog baru aku. Minta2 Iqwan tak nak susu lagi. Suami ku bekerja hari ni. Kalau tak boleh juga kerah dia buat kan susu untuk anak kami.
Terima Kasih sayangku, Mohd Hairul kerana sudi menjaga aku & anak kita. Banyak sungguh pengorbanan mu terhadap kami. Ketika kami berada di hospital. Tiap masa kau jenguk kami walau terpaksa berulang alik dari rumah ke hospital dan terpaksa pula duduk dalam kereta selama berjam-jam semata-mata untuk lawat kami. Selain itu terpaksa pula menyusahkan kau untuk membasuh baju kami selama 2 minggu aku berpantang. TERIMA KASIH SAYANG... DIKAULAH NYAWA KU. Bagaimana la nasib kami jika kau tiada disisi ini.
Muhammad Khalish Iqwan. Anak yang sungguh manja sekali. Anak yang pemarah juga. He..he.. Permata hati aku & suami. Kami sayang kamu anakku. Jangan la dikau lupakan kami kelak. Ingatila pengorbanan ayah & ibu mu.


No comments:
Post a Comment